awesome's bannner

Thursday, August 22, 2013

Mengenai Cinta



Mengenai cinta - Didalam kitab mengenai cinta, Amr bin Usman menyatakan sebagai berikut: Allah yg Maha Besar menciptakan hati,70ribu tahun sebelum jiwa dan hati dimasukkanNya kedalam Taman Sillaturrahmi. Dia menciptakan rahsia,70ribu tahun sebelum hati, dan rahsia ini dimasukkan-Nya kedalam darjat keesaan.
Setiap hari,Allah memperlihatkan 360 kurniaaan dan memperdengarkan 360 kata cinta kepada jiwa. Setiap Hari diperlihatkan-Nya 360 kegembiraan sillaturrahmi kpd hati. Setiap Hari diperlihatkan-Nya 360x keindahan kepada rahsia.
Maka mereka dapat melihat segala sesuatu didalam dunia ini,dan mereka menyangka bahawa tiada suatu pun yg lebih berharga daripada mereka. Kesombongan dan keangkuhan wujud didalam diri mereka. Oleh kerana itulah Allah menguji mereka. Disembunyikan-Nya rahsia didalam jiwa dan disembunyikan-Nya jiwa didalam hati. kemudian disembunyikan-Nya hati didalam jasmani. Kemudian diberinya Akal kepada mereka.
Allah s.w.t mengutuskan para Nabi dengan perintah-perintah-Nya. dan setiap orang diantara mereka berusaha mencari tempatnya masing2. Allah s.w.t memerintahkan agar mereka solat, maka jasmani pun melakukan solat, hati mencapai cinta, jiwa menjadi lebih dekat kepada-Nya, dan rahsia berpadu dengan keesaan. (Abu abdullah Amr bin Usman al-Mikkiy,salah seorang murid Abul Qasim Al-Junaid,kisah dipetik dari buku kisah para wali karangan Farid Al-Din Attar,bersumber dari dari kitab "mengenai cinta" karangan Abu Abdullah Amr bin Usman Al-Mikkiy)

Sertai Kami Di Facebook : Koleksi video dan gambar menarik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...